Monday, January 20, 2014

Cerita Sebenar di Sebalik Kejadian.

YUNALEESE DIPERKOTAK-KATIKKAN?

Teruskan membaca gosip ini ----->

Sejak kebelakangan ini, Kak Nala sangatlah sibuk dengan menguruskan hal-hal duniawi ni. Sampaikan tak ter-updet blog gossip hiburan panas nie. Baru-baru ini  Kak Nala dapat email dari seorang pembaca tegar blog Kak Nala yang meletopss nie. Dalam email berkenaan, pembaca tu bertanyakan kepada Kak Nali betul ke Yunaleese diperkotak-katikkan? emmm... itu Kak Nali tak dapat lah nak jawab dengan sepantas kilat. Kak Nali pun tak tahu kesahihan cerita tersebut.  Lalu, dengan sepantas kilat Kak Nali mencapai telefon bimbit di sebelah Kak Nali (perlulah Hiperbola macam nie?)  mendail talian antrabangsa terus ke LA. Kenapa LA? yelaaa... kan Yunaleese menetap disana. So, kita dapatkan cerita dari tuan punya badan sendiri lah.Kak Nali tanak la me-reka cerita. Tak baik tau untuk tumbesaran Kak Nali.Lepas pong pang pong peng lebih lapan jam dengan Yunaleese baru lah Kak Nali tahu cerita sebenar. Menurut Yunaleese, apa yang berlaku adalah salah faham sahaja dan kurangnye komunikasi yang jelas. Cerita die sebenarnyaa begini (Kak Nala adaptasikan dalam bentuk penulisan lah ye);


Pada 17hb satu dua ribu empat belas;
Yunaleese dan pihak management ingin mengadakan fan meeting bersama kipas-kipas susah mati(diehardfans) bertempat di Upstairs Cafe,Subang Jaya. Malam sebelum hari kejadian, PA yunaleese telah me-wechat kipas-kipas(fans) Yunaleesee untuk membuat confirmation. Yunaleese siap share ape yang di we-chat kan nye kepada Kak Nali tauuu;





  

Melalui perbincangan di wechat, Yunaleese assume yang fan meeting tu akan berjalan dengan lancarlah kan. Hati ini melonjak kegembiraan sedikit.
Pada hari kejadian; 
Yunaleese bangun pada awal pagi. Sambil bersiap, Yunaleese ternanti-nanti wechat dari kipas-kipas (fans). Namun tiada sebarang wechat yang masuk. Ermm... takpela, mungkin mereka masih tidur lagi(monolog dalaman). Yunaleese bergerak dari rumah, sampi ke KL Sentral. Apabila menjejakkan kaki di Kl Sentral, Yunaleese sungguh terkejut dan terharu dengan kemeriahan lautan manusia yang datang ke Kl Sentral untuk menyambut kehadirannya.(kebetulan time tu Thaipusam, perasan sekejap orang meraikannye). Di Kl Sentral, terasa ingin me-msg kipas2, nak memaklumkan yang diri ini telah sampai di Kl Sentral. Namun, hati memujuk, nantilah dulu, takut mereka rushing nanti. Dahlah nak tumpang orang, menyusahkan orang pulak. Yunaleese pun terus membeli tiket ke Subang Jaya.
Sesampai je di ktm Subang Jaya buat pertama kali, Yunaleese terus berjalan kaki ke Subang Parade.  Sebab Yunaleese nampak Subang Parade. So, mungkin dekat je antara ktm ke Subang Parade. Di Subang Parade, yunaleese tidak disambut oleh sesiapa. Sebab, rata-rata kedai di situ banyak yang masih tutup.( betapa awalnya Yunaleese sampai). Yunaleese pun duduk lah dibangku yang  disediakan sambil menuggu...


Sambil itu, yunaleese menghantar wechat kepada kipas-kipas(fans) setelah berjaya mengaktifkan mobile data hampir sepulohkali mencuba.


Setelah mendapat tahu rupa-rupa nya perancangan mereka ini di cancel kan, Kak Nala pasti reaction Yunaleese macamni;

Yunaleese pun dalam keadaan kecewa dan pasrah, tanpa menghiraukan untuk breakfast di cafe2, terus patah balik ke ktm Subang Jaya. Sampai kan boleh tersilap naik tren pulak  tu, tren menghala ke arah Kuala Lumpur. Lalu, Yunaleese turun di Seri Setia (kalau tak silap Kak Nala) untuk menukar tren. Tiba di ktm Padang Jawa, Yunaleese terus mengambil teksi pulang ke Kondo milik beliau.
Kak Nala difahamkan yang Yunaleese banyak menerima panggilan dan message dari nombor yang tak dikenali selepas kejadian. Namun begitu, Yunaleese tidak melayan oleh kerana beliau memerlukan tempoh bertenang.




Selepas mendapat ketenangan.. barulah Yunaleese mengeluarkan statement meletopnyee. Konon-konon speaking lettuww(poyo maenon). Tp, ayat abih beterabuq.Ni keje PA si Yunaleese lah nie!!.. 

 

*****

Apa-apa pun bagi pendapat Kak Nala sendiri, apa yang berlaku ini hanyalah salah faham sahaja. Dan kurangnya komunikasi antara pihak management dan para peminat. Kalaulah Yunaleese bagitahu awal2 yang beliau telah sampai di Kl Sentral, mungkin pekara ini tak akan terjadi. Atleast, Yunaleese boleh terus beli tiket ke Padang Jawa. Tapi, nak buat macam mana kan benda dah terjadi.

Jadi, Kak Nala nasihatkan kepada Yunaleese janganlah bawa kes nie ke mahkamah. Yang sudah tu sudahla. Kita berdamai. Dulu pun waktu Yunaleese jatuh, para kipas-kipas(fans) lah yang memberi sokongan yang padu kepada Yunaleese sehingga ke tahap Yunaleese berada sekarang nie(mana taknya income 5juta setahun uolls). Kalau Yunaleese terus-terusan begini, Kak Nala piat-piat telinga Yunaleese tau!

Yunaleese sempat bagitahu Kak Nala, yang beliau tak marah pun. Sesaje nak geletek fans die sampai terkencing. Kasi tak senang duduk sikit.ecewahhhh... Dari kejadian tu pun, banyak benda yang die baru tahu.(Cth:ooOOHH..Stesen ktm Subang Jaya dekat je dengan Subang Parade). Yunaleese pun sempat juga lahh Berry kat toilet Subang Parade yang awesome. Bukan semua orang tau yang dapat merasa datang Subang Parade semata-mata nak Berry je.


Ok. Setakat nie jela cerita yang Kak Nala nak updet. Untuk pengetahuan pembaca, entri ini adalah entri yang julung-julung kali nya Kak Nala updet setelah 2 tahun Kak Nala menanam blog gosip meletopppsss nie.
*tepuk tangan sikit*. Mungkin entri seterusnya tunggu lagi 2 tahun ye. Macam biasela, asalkan cuti je Kak Nala akan berada di dalam capsule. Menyepikan diri.

******

PS:: aku sungguh confiuslah name aku nie sebenarnyaa Kak Nali ke Kak Nala..(huuu...hairan sungguh)

Nota kaki comel untuk dear strangers: Segala watak dan perwatakan dalam entri ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kene mengena dengan tuan punya body.