Wednesday, January 22, 2014

Kondominium Bersinar-sinar.

Rentetan dari peristiwa fan meeting yang kecundang dilandasan tu. Yunaleese pulang ke kondonya dengan berkobar-kobar. Ada lagi satu misi yang harus diteruskan. Iaitu.... Melihat bilik yang telah ditinggalkan selama seminggu.
Setibanya di depan pintu kondo, hati berasa lega sedikit melihat rak kasut yang tiada penghuninya. Ini bermaksud adik-adik yang berkongsi bilik dengan yunaleese semuanya telah pulang ke kandang kampung halaman masing-masing. Bolehla Yunaleese fokus untuk paper terakhir beliau CMT 666-pencemaran udara (Air Pollution).
Tiba pula masanya untuk membuka tombol pintu bilik. Dengan harapan yang setinggi merara pencakar langit (skyscraper) agar bilik itu ditinggalkan dalam keadaan yang bersih suci mulus dan telus. Sebaik sahaja Yunaleese buka pintu.......

Tadaaaaaa....



 

Sungguh bersih dan bersinar-sinar bukan? Siap cuci kipas, lap tingkap bagai. Nasib baik adik2 nie meniggalkan bilik ini dalam keadaan yang cantik macam Rozita Che Wan. Senang sikit process clearance nanti. Kalau tak, memang kene sumpah seranah lah jawabnya.
Lebih mengejutkan lagi ade note yang ditinggalkan di atas meja.....




Alololo sungguh sweetkan adik-adik roomates saya nie. Walaupun saya nie amatlah tidak environmental friendly (mesra alam) dengan mereka, namun ada jugalah pesanan yang mereka sudi tinggalkan untuk saya. Memang sampai disini perhubungan kami. Sebabnya, kami memang tiada contact number each other. Facebook, wechat jauh sekali lah kan.  Ape2 pun mereka  nie memang baik(tiap kali makan, mesti jemput aku.; makan kak. walaupun ajak-ajak ayam). Cume ade sikit jela yang slack. Bile bab tengok korea tu, sakit hati kite. Tak sangka dari first masuk bilik nie, awal2 sampai rase macam tak boleh nak duduk bilik sepanjang satu sem. Mula2 dulu selalu check-in kat hotel ramm&kilamm and Co je(penah dengar?takkann..). lepas 2,3 minggu baru biase kan tidur bilik sendiri sampailah sekarang. 


*******