Monday, February 13, 2012

oh! ETR 300

hi uoll'ss..
sambil membaca buku ETR yang ala-ala macam buku SejarahSekolahMenengah.*eh,yeke?*. balik-balik aku jumpa ayat liabilities.company.liabilities.company aku pon tak faham apekebende semua ini. Tapi, dengan harapan aku nak lulus test ETR 300 ni, lalu aku cernakan jua segala ayat-ayat yang ada.*hiperbola sangat*

disamping itu, terselit juga aktiviti sampingan tatkala mata beriye-iye nak terkatup.





doakan aku boleh jawab test ETR 300 esok ye. rasenye nak bawak dadu la esok.
kite tengok sapa yang kena..okbai!


ps:: creadits to Google image

Friday, February 10, 2012

Common sense

Assalamualaikum w.b.r.k.t.

Tengah duduk belek-belek buku Inorganic Chemistry, dengan mata yang kuyu tahan mengantuk (*penangan dari mengambil dinner roti milo serta nasi goreng singapore sekali hadap dan wa rase tersangatlah mual sekarang nih*) wa terase nak update blog sekejap. sekejap je yek!
Wa nak bagitahu kadang-kadang wa selalu lack of common sense. Sepatutnya, soalan tu tak patut pun ditanya.  Tapi, wa tertanya juga tanpa sedar.

Contohnya conversation between wa dan teman lelaki kawan wa.

Enna:: Hajar mane?
Ally::  Period.
Enna:: Period? Lepastu..*muka serius*
(Ennatul bermonolog dalaman:: takkan period pon sampai taknak datang kelas?)
Ally:: Senggugut.
Enna:: OH!! *sambil muka malu,dan terus blahh*.


See! sepatutnye aku tak perlu pun tanya kenape kan?adatlah kalau perempuan period,selalunye akan senggugut,moody bagai kan. tapi, disebabkan aku nih species yang lack of common sense, bende gitu pon tak boleh nak fikir.
Hak alloh.

Actually,banyak lagi situasi yang sepatutnya tak perlu tanya lah! terjadi kat aku. tapi, aku tak ingat dah.


Got to go.
Pukul 10am nanti, wa kene buat presentation BIO dan quiz Inorganic. Matilah wa!!
OKbai.












Saturday, January 21, 2012

Kuala Pilah-Melaka

Assalamualaikum rakyat jelata beta sekalian.Adakah kalian-kalian sihat sejahtera? Beta harap sihat lah hendaknye.
Ohh, sebelum beta terlupa kalian jangan lah perasan yang kalian sedang membaca blog dari seorang Raja mahupun kerabat Di-Raja.Beta saje menggunakan kate ganti diri untuk golongan raja.Well, saje nak feeling2 ade darah kekuningan sikit.



Baiklah kite teruskan agenda kita pada pagi buta ini. Gamaknye sudah setahun beta tak mengupdet belog beta ini.Beta sibuk sangat dengan kehidupan beta barangkali dengan assignmentnye la, Business plan nye lah, lab reportss dan sebagainye. Ok kite ketepikan segala kerja kite dulu. Dengaqq nih dulu, ceq nak cerite last week ceq dan rakan2 beserta seorang doctor in the making pergilah ke Melaka. Ceq nih hanyelah penunjuk jalan sahaje. kawan ceq tuh nak bawak bFF die jenjalan di Melaka. Lalu kami pun tumpe 2 kaki, sambil menyelam minum ayaqq.Mehla hangpa tengok je lah gambaqq nahh.









 wa dok bertapa kat sini seharian wehh.orang lalu lalang bagi duit kat wa.
*sangat tipu*




kalau sesape yang tak pernah pegi Melaka inilah bandar hilir.wa raselah.



Casa Del Rio





kitorang bertolak ke Melaka dari Kuala Pilah.Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Lepastuh jalan-jalan kat Bandar Melaka,camhor bagai sampai malam. Pastu kitorang naik river cruise dalam pukul 7.30 gitu.Sebab kalau nak naik river cruise kat Venice malam-malam baru cantik boleh tengok lampu2, kampung Morten. Lastly,destination kitorang ke Alai Ikan Bakar. Actually tak tahu sangat jalan,nasib baik kawan aku ade kawan yang menetap di Melaka.So, kitorang ikut signboard jelah.



Overall expenses:
Kuala Pilah<-->Melaka
Fuel: RM20
Tol:RM20
Makan:RM20 kat Alai + RM 10:duit yg tak sengaja dikeluarkan
River Cruise: RM10


Actually kat Melaka banyak je tarikan yang korang bole pergi seperti lambakan muzium2 ade yang free, ade yang kene bayar(*seringgit ke 5ringgit je*), Menara Taming Sari, segerombolan beca yang ala-ala disko, dan sebagainye. 
Seriously,aku tak pernah bosan kalau pergi Melaka.Paling aku suke building die dan Jonker Walk. lepasnih, nak pergi dengan hasben pulak. Nak bulan madu kat Casa Del Rio, pastuh naik cruise ala2 macam kat Venice.

kalau bawak kamera gedabak, serius tak rugi amik gambar kat Melaka. Macam-macam moment korang boleh dapat.Tapi,kalau setakat gantung kat leher tak reti nak abdikan moment baik takyah lah.





Monday, December 26, 2011

Perasaan bile ade cousin.

Semalam aku pergi kenduri Cukur Jambul cousin aku paling latest. note that "cousin" aku. Bukan anak buah atau anak aku atau anak sepupu aku ye. Yes. cousin aku. aku terase amatlah muda bile mempunyai cousin yang sangat lah baby dari aku. even umur dah  tahap perlu kahwin.ecehh..gatai nahh...



ni die my so-called cousin of the year.           ini anak buah Amanda.kecik-kecik dah ade anak buah.
Amanda punye kamar.
Amanda bagi cupcake untuk guests yang datang je.




Terbaik dari Dusun.

Assalamualaikum.

yaALLAH,aku tak tahu nak mula entry macam mane, sekian lame tak ber-blog*takde sape pon perasan*, tibe2 mood hari ni meronta-ronta nak menaip. Nak create ayat pon bagai aku masuk exam hall dengan otak kosong. susah gile nak perah otak yang macam jambu batu nih.. 
haa.. agak-agak jadi ah intro cenggini pong.-..-"


aku nak bagitau, *kalau korang taknak tau pon, aku bagitau gak*. Acteli sekarang ni aku tengah mid sem break. even seminggu je pun, tapi.. dapatlah nak melempiaskan rindu aku kepada ayam, itik,kambing di kampung  rumah.
untuk pengetahuan korang juga, cuti ni tenaga batin comel aku dikerah habis-habisan oleh orang melaka lebih dikenali sebagai mak aku.  Setiap pagi, kene ke kebun. kalau tak mak aku seret aku lapanpulohkilometer,kalau aku taknak.ganas kan! .*tak.aku tipu je*.Acteli, nie aktiviti terbaru famili aku, iaitu memanfaatkan tanah.hohoho..perlu dibanggakan ok.*tepuk tangan semua,WAJIB!* Before nih, nenek aku serta suami beliau yang mengusahakan kebun. Selepas hampir 6-7 tahun tanah kebun dibiarkan tidak terjaga ekoran nenek yang tidak ade kudrat lagi, tanah kebun itu menjadi seperti hutan Amazon versi Malaysia. Segala hasil tanaman seperti durian, rambutan,pulasan, manggis dan etc dibiarkan busuk begitu sahaja. Baru-baru ini, setelah uncle Yaacob mendapat kesedaran, beliau mensarankan agar kami menjaga/mengusahakan kembali kebun nenek itu. Jadi, maklong mengupah orang untuk menebas kebun yang seperti hutan Amazon itu. Oleh itu, kami sebagai maintenance perlu memaintan-kan keadaan kebun itu agar bersih/selesa dan tidak kembali seperti hutan Amazon yang digembar-gemburkan sebentar tadi..*aku rase ayat aku dah macam pembace berita.takpe,janji korang faham kan*


meh sini lu olang observe gambar sahaje ye.


inilah kebun yang aku dok potpetpotpet kat atas tu. ni lepas dah dibersihkan.
bersih ke?











Duriansss telah menjadi busuuukkk !!


yang ni husben kepada nenek. atok aku lah tu, takkan tak faham kot.

adikanda sangatlah teruja mengambil pulasan, sampai die mengajak aku.
tapi, aku.. malas layan.


kitorang nampak baby snack snake.






korang nampak tak bagaimane aktiviti aku dilemparkan. hari pertama je aku dan adik bersemangat. bile hari kedua, adik aku dah taknak ikut. yang aku ni, bentang tikar bawah pokok dan... zZZzz.. aku wondering macam mane nenek boleh kerjakan kebun tu sorang-sorang dulu. yang kitorang nih baru sehari, dah sakit-sakit sendi,trgeliat urat den.


//dengar cerite cousin aku pon semangat pergi dusun bapaknye. baru first time datang, dah kene sengat tebuan. seminggu kene tahan wad.muke bengkak weii..okbai.taktau nak cakap ape dah.































Friday, July 1, 2011

ntah hape-hape

Assalamualaikum.

Howdy all..



aku agak ghairah dengan kecanggihan
teknologi Japang ni.

let me introduce you with this camera.




lady ini pinky
owner: wat eva lah k.jah.
co-founder: masaru ibuka



disebabkan aku amat teruja dengan camera ini sebab die boleh detect smile.cume kene set kepada icon smile.dan korang hanya perlu senyum je, automatik muka korang akan tertangkap.






ni model yang sanggup diperagakan walaupun tidak berbayar.
masuk blogger.com tu sape taknak.







tapikan secanggih-canggih camera tu die ade kekurangan juga.
sebab die tak bole detect
bob senyum. =..=" (!)











kesian bob.penat je die senyum.


k.bai.




Saturday, June 25, 2011

sentap

Assalamualaikum.

hello weekend.

Aku sentap gile la bila orang tanye kat aku "umah kau dekat je,kenapa kau jarang balik weekend". kau sentap?'tak(!)'aku jelah kot.
i have my own demm reasons kenapa aku malas sangat nak balik ok.

meyhh sikit aku listkan:

1)tempat aku belajar kat ceruk hutan.
kau ingat ke senang ke aku nak keluar dari kampus kuala pilah tu?dari kampus aku kene amik teksi RM3 nak ke pekan pilah tau.rm3 je pun.itupun kalau aku naik dengan 4 ekor lembu orang.kalau aku naik sorang2(sebab takde orang nak naik dgn aku) aku kene bayar RM12 weii.ingat senang ke nak dapat duit.nak2 pelajar poket kering macam aku ni.lepas tu,sampai pekan pilah kene pulak tunggu bas merah(cityliner) tak pun bas hidup segan mati tak mau.(hup seng ape ntah tak ingat).kalau senang dapat takpela.ini kene tunggu berjam2 lagi.kau pernah ke dengar perpatah waiting is fun?*tak pernah kan*.lepas tu amik ktm kat seremban.perghh...menunggu lagi.menyirap aku sume benda nak kene tunggu.waiting is boring ok.elok-elok pahala aku yang banyak sikit nih,berkurang lagi sebab memaki orang ktm lambat la.kadang-kadang tuh rosak pulak tu.
kat situ je, mase cuti aku dah terbuang. tolaktambahbahagidarabdiffrentiateintegralsume(*bace satu nafas).cuti aku tinggal sehari penuh je.jumaat half day,ahad pun half day.



2)
aku penagih katil yang tegar.

from the bottom of my heart,aku nak admit aku memang kuat tidur.aku lebih rela spend weekend kat pilah.sebab aku boleh tido berjam-jam lamenye.lebih-lebih lagi kalau roomate aku takde.menjadi-jadi la hormon tidur aku ni.*ade ke hormon?*
kalau lu dapat tidur lebih 15jam memang layan woo,wa cakap betul wa tak kencing lu punye.kalau kat rumah memang tak lame hidup lah.karang orang melake kat umah aku nih bagi tazkirahh sampai esok tak habis-habis.



3)homework aku tak akan siap punye.

aku tak macam orang lain boleh stadi kat rumah.siap bawak buku-buku tebal macam kamus dewan lagi tu,walau cuti weekend 2hari je pun..aku ni mengendong buku-buku je lebih.bile sampai rumah haram jadah aku nak buka,sentuh pun tak ok.dari hari aku bawak,memang akan ada dalam beg la sampai hari aku nak balik.
itupun weekend nih aku bawak balik juga lab report sume konon nak buat la sikit.sebab homework aku macam banyak gile.tapi harammmm.

kan orang putih kate home sweet home. orang arab kat baiti jannati. memang aku berpegang pada quotes ni la bile balik rumah.dulu ustazah selalu cakap kalau kat syurga kalau nak apa2 sume boleh dapat tak payah nak bekerja.goyang kaki je.sebab tulah kat rumah aku tak buat kerja.goyang2 kaki,makan-makan,online-online..happy tak payah fikir homework menimbun.lek luuu..
memang kejap lagi aku balik pilah kene pulun la.hari selase dengan kuiz OC nye la.baru aku teringat assignment BIO tak conteng satu hape pun.aigo
<-- die hard kipas korean artis selalu cakap.*aku pun taktau ape maksudnye.agak2 die sedap bunyi bile letak kat hujung ayat,jadi la*

atleast,kalau kat kolej aku akan buat jugak even sebatanghuruf je pun.sebab mase banyak dimanfaatkan kat tidur.



4)orang kata kalau balik boleh la makan masakan emak.
kalau aku memang tak la.memang trend famili aku weekend je memang selalu takde kat rumah.ade je hal.so,orang melaka tu memang takde mase nak masak.
takpun pegi makan percuma(kenduri o watsoever) ataupun masak kat kedai je.semalam pun orang melaka tu cakap,
kesian kat kau asik makan luar je.*baru beliau sedar*muaahahahaha..<-- tiru gelak cik epal.



ni jelah kot aku nak senaraikan.aku lupe nak tambah ape lagi.kalau ade aku bagitau.so,please don't keep asking me why!


k.bai nak pegi bersiap untuk balik.