Monday, December 26, 2011

Terbaik dari Dusun.

Assalamualaikum.

yaALLAH,aku tak tahu nak mula entry macam mane, sekian lame tak ber-blog*takde sape pon perasan*, tibe2 mood hari ni meronta-ronta nak menaip. Nak create ayat pon bagai aku masuk exam hall dengan otak kosong. susah gile nak perah otak yang macam jambu batu nih.. 
haa.. agak-agak jadi ah intro cenggini pong.-..-"


aku nak bagitau, *kalau korang taknak tau pon, aku bagitau gak*. Acteli sekarang ni aku tengah mid sem break. even seminggu je pun, tapi.. dapatlah nak melempiaskan rindu aku kepada ayam, itik,kambing di kampung  rumah.
untuk pengetahuan korang juga, cuti ni tenaga batin comel aku dikerah habis-habisan oleh orang melaka lebih dikenali sebagai mak aku.  Setiap pagi, kene ke kebun. kalau tak mak aku seret aku lapanpulohkilometer,kalau aku taknak.ganas kan! .*tak.aku tipu je*.Acteli, nie aktiviti terbaru famili aku, iaitu memanfaatkan tanah.hohoho..perlu dibanggakan ok.*tepuk tangan semua,WAJIB!* Before nih, nenek aku serta suami beliau yang mengusahakan kebun. Selepas hampir 6-7 tahun tanah kebun dibiarkan tidak terjaga ekoran nenek yang tidak ade kudrat lagi, tanah kebun itu menjadi seperti hutan Amazon versi Malaysia. Segala hasil tanaman seperti durian, rambutan,pulasan, manggis dan etc dibiarkan busuk begitu sahaja. Baru-baru ini, setelah uncle Yaacob mendapat kesedaran, beliau mensarankan agar kami menjaga/mengusahakan kembali kebun nenek itu. Jadi, maklong mengupah orang untuk menebas kebun yang seperti hutan Amazon itu. Oleh itu, kami sebagai maintenance perlu memaintan-kan keadaan kebun itu agar bersih/selesa dan tidak kembali seperti hutan Amazon yang digembar-gemburkan sebentar tadi..*aku rase ayat aku dah macam pembace berita.takpe,janji korang faham kan*


meh sini lu olang observe gambar sahaje ye.


inilah kebun yang aku dok potpetpotpet kat atas tu. ni lepas dah dibersihkan.
bersih ke?











Duriansss telah menjadi busuuukkk !!


yang ni husben kepada nenek. atok aku lah tu, takkan tak faham kot.

adikanda sangatlah teruja mengambil pulasan, sampai die mengajak aku.
tapi, aku.. malas layan.


kitorang nampak baby snack snake.






korang nampak tak bagaimane aktiviti aku dilemparkan. hari pertama je aku dan adik bersemangat. bile hari kedua, adik aku dah taknak ikut. yang aku ni, bentang tikar bawah pokok dan... zZZzz.. aku wondering macam mane nenek boleh kerjakan kebun tu sorang-sorang dulu. yang kitorang nih baru sehari, dah sakit-sakit sendi,trgeliat urat den.


//dengar cerite cousin aku pon semangat pergi dusun bapaknye. baru first time datang, dah kene sengat tebuan. seminggu kene tahan wad.muke bengkak weii..okbai.taktau nak cakap ape dah.