Saturday, January 21, 2012

Kuala Pilah-Melaka

Assalamualaikum rakyat jelata beta sekalian.Adakah kalian-kalian sihat sejahtera? Beta harap sihat lah hendaknye.
Ohh, sebelum beta terlupa kalian jangan lah perasan yang kalian sedang membaca blog dari seorang Raja mahupun kerabat Di-Raja.Beta saje menggunakan kate ganti diri untuk golongan raja.Well, saje nak feeling2 ade darah kekuningan sikit.



Baiklah kite teruskan agenda kita pada pagi buta ini. Gamaknye sudah setahun beta tak mengupdet belog beta ini.Beta sibuk sangat dengan kehidupan beta barangkali dengan assignmentnye la, Business plan nye lah, lab reportss dan sebagainye. Ok kite ketepikan segala kerja kite dulu. Dengaqq nih dulu, ceq nak cerite last week ceq dan rakan2 beserta seorang doctor in the making pergilah ke Melaka. Ceq nih hanyelah penunjuk jalan sahaje. kawan ceq tuh nak bawak bFF die jenjalan di Melaka. Lalu kami pun tumpe 2 kaki, sambil menyelam minum ayaqq.Mehla hangpa tengok je lah gambaqq nahh.









 wa dok bertapa kat sini seharian wehh.orang lalu lalang bagi duit kat wa.
*sangat tipu*




kalau sesape yang tak pernah pegi Melaka inilah bandar hilir.wa raselah.



Casa Del Rio





kitorang bertolak ke Melaka dari Kuala Pilah.Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Lepastuh jalan-jalan kat Bandar Melaka,camhor bagai sampai malam. Pastu kitorang naik river cruise dalam pukul 7.30 gitu.Sebab kalau nak naik river cruise kat Venice malam-malam baru cantik boleh tengok lampu2, kampung Morten. Lastly,destination kitorang ke Alai Ikan Bakar. Actually tak tahu sangat jalan,nasib baik kawan aku ade kawan yang menetap di Melaka.So, kitorang ikut signboard jelah.



Overall expenses:
Kuala Pilah<-->Melaka
Fuel: RM20
Tol:RM20
Makan:RM20 kat Alai + RM 10:duit yg tak sengaja dikeluarkan
River Cruise: RM10


Actually kat Melaka banyak je tarikan yang korang bole pergi seperti lambakan muzium2 ade yang free, ade yang kene bayar(*seringgit ke 5ringgit je*), Menara Taming Sari, segerombolan beca yang ala-ala disko, dan sebagainye. 
Seriously,aku tak pernah bosan kalau pergi Melaka.Paling aku suke building die dan Jonker Walk. lepasnih, nak pergi dengan hasben pulak. Nak bulan madu kat Casa Del Rio, pastuh naik cruise ala2 macam kat Venice.

kalau bawak kamera gedabak, serius tak rugi amik gambar kat Melaka. Macam-macam moment korang boleh dapat.Tapi,kalau setakat gantung kat leher tak reti nak abdikan moment baik takyah lah.