Tuesday, November 25, 2014

Assalamualaikum.


Last weekend aku mengalami fasa yang paling hectic dalam diri aku.
Dengan jerawat dalam hidungnya lah, sakitnya tak tahu nak cakap lah. kalau aku sentuh hidung  sikit je pun dah keluar air mata. Sekali pakej dengan sakit dalam mulut. Gusi aku luka sebab gosok gigi tak kena cara. Jadi, susahlah aku nak makan. Spoil mood dah.

Sekali aku fikir dalam-dalam, ujian apa yang Allah uji aku nie. Walaupun takdelah teruk mana pun, tapi cukup membuatkan aku moody last weekend.

Aku audit diri aku balik, ape yang kurang. 
Yup. Aku jumpa solusinya by far.
Kurangnya masa aku dengan Dia. 
Banyak sangat aktiviti duniawi yang aku buat for the past few weeks (asyik tengok The Return off Superman, spent on internet so much, tidur, tidur dan tidur) 

Baca Al-Quran pun nak cepat je, kadang-kadang tak baca langsung. 
Berdoa pun nak laju je. Kadang-kadang baca doa simple je.

Patutlah selama nie aku rasa hidup aku tak bermakna.
Kosong. sifar. zero.
Rasa serba tak kena. Masa banyak, tapi, kerja tak jalan. 
Hari-hari berlalu begitu sahaja. Assignments, Thesis, Study untuk tests tak jalan jugak.


Sebab Apa?
Melur banyak berangan.
Melur banyak melaghoo.



From now on,

Melur kena stop buat aktiviti2 yang tak berfaedah.
Melur kena kuatkan hubungan dengan ALLAH. 
Melur kena focus.
Sepatutnya final sem lagi semangat, lagi rajin. 

kbai.