Saturday, June 25, 2011

sentap

Assalamualaikum.

hello weekend.

Aku sentap gile la bila orang tanye kat aku "umah kau dekat je,kenapa kau jarang balik weekend". kau sentap?'tak(!)'aku jelah kot.
i have my own demm reasons kenapa aku malas sangat nak balik ok.

meyhh sikit aku listkan:

1)tempat aku belajar kat ceruk hutan.
kau ingat ke senang ke aku nak keluar dari kampus kuala pilah tu?dari kampus aku kene amik teksi RM3 nak ke pekan pilah tau.rm3 je pun.itupun kalau aku naik dengan 4 ekor lembu orang.kalau aku naik sorang2(sebab takde orang nak naik dgn aku) aku kene bayar RM12 weii.ingat senang ke nak dapat duit.nak2 pelajar poket kering macam aku ni.lepas tu,sampai pekan pilah kene pulak tunggu bas merah(cityliner) tak pun bas hidup segan mati tak mau.(hup seng ape ntah tak ingat).kalau senang dapat takpela.ini kene tunggu berjam2 lagi.kau pernah ke dengar perpatah waiting is fun?*tak pernah kan*.lepas tu amik ktm kat seremban.perghh...menunggu lagi.menyirap aku sume benda nak kene tunggu.waiting is boring ok.elok-elok pahala aku yang banyak sikit nih,berkurang lagi sebab memaki orang ktm lambat la.kadang-kadang tuh rosak pulak tu.
kat situ je, mase cuti aku dah terbuang. tolaktambahbahagidarabdiffrentiateintegralsume(*bace satu nafas).cuti aku tinggal sehari penuh je.jumaat half day,ahad pun half day.



2)
aku penagih katil yang tegar.

from the bottom of my heart,aku nak admit aku memang kuat tidur.aku lebih rela spend weekend kat pilah.sebab aku boleh tido berjam-jam lamenye.lebih-lebih lagi kalau roomate aku takde.menjadi-jadi la hormon tidur aku ni.*ade ke hormon?*
kalau lu dapat tidur lebih 15jam memang layan woo,wa cakap betul wa tak kencing lu punye.kalau kat rumah memang tak lame hidup lah.karang orang melake kat umah aku nih bagi tazkirahh sampai esok tak habis-habis.



3)homework aku tak akan siap punye.

aku tak macam orang lain boleh stadi kat rumah.siap bawak buku-buku tebal macam kamus dewan lagi tu,walau cuti weekend 2hari je pun..aku ni mengendong buku-buku je lebih.bile sampai rumah haram jadah aku nak buka,sentuh pun tak ok.dari hari aku bawak,memang akan ada dalam beg la sampai hari aku nak balik.
itupun weekend nih aku bawak balik juga lab report sume konon nak buat la sikit.sebab homework aku macam banyak gile.tapi harammmm.

kan orang putih kate home sweet home. orang arab kat baiti jannati. memang aku berpegang pada quotes ni la bile balik rumah.dulu ustazah selalu cakap kalau kat syurga kalau nak apa2 sume boleh dapat tak payah nak bekerja.goyang kaki je.sebab tulah kat rumah aku tak buat kerja.goyang2 kaki,makan-makan,online-online..happy tak payah fikir homework menimbun.lek luuu..
memang kejap lagi aku balik pilah kene pulun la.hari selase dengan kuiz OC nye la.baru aku teringat assignment BIO tak conteng satu hape pun.aigo
<-- die hard kipas korean artis selalu cakap.*aku pun taktau ape maksudnye.agak2 die sedap bunyi bile letak kat hujung ayat,jadi la*

atleast,kalau kat kolej aku akan buat jugak even sebatanghuruf je pun.sebab mase banyak dimanfaatkan kat tidur.



4)orang kata kalau balik boleh la makan masakan emak.
kalau aku memang tak la.memang trend famili aku weekend je memang selalu takde kat rumah.ade je hal.so,orang melaka tu memang takde mase nak masak.
takpun pegi makan percuma(kenduri o watsoever) ataupun masak kat kedai je.semalam pun orang melaka tu cakap,
kesian kat kau asik makan luar je.*baru beliau sedar*muaahahahaha..<-- tiru gelak cik epal.



ni jelah kot aku nak senaraikan.aku lupe nak tambah ape lagi.kalau ade aku bagitau.so,please don't keep asking me why!


k.bai nak pegi bersiap untuk balik.